Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia

Melaksanakan pelbagai program kebajikan diatas nilai insaniyah sejagat

Cahaya insaniyah bukan  hanya nama organisasi kami, ianya  intipati  perjuangan  kami .Kami suara  golongan yang tidak memiliki suara.Kami menyahut jeritan batin golongan  terpinggir. Kami beriltizam menyudahi ketidakseimbangan sosial dan kemelaratan masyarakat.Kami berazam memakmurkan  masyarakat dengan ilmu dan keadilan ekonomi.Jadilah sebahagian dari kami dengan  menyokong misi kami ..

Apa membuatkan kami berbeza?

Membantu Tanpa Mengira Bangsa & Agama

Melaksanakan pelbagai program kebajikan dan keilmuan diatas nilai insaniyah sejagat bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik tanpa mengira ras bangsa dan agama.

Kemakmuran Sosial Melalui Ekonomi Digital

Membantu golongan tidak bernasib baik mengubah taraf kehidupan mereka melalui kegiatan keusahawan mikro dan perusahaan sosial.

Mewujudkan Prasarana Dan Sokongan Kepada Warga Emas

Kami membantu golongan warga emas dan golongan pesara melalui penyediaan prasarana taman persaraan dan program yang bermanafaat bagi menjadikan fasa kehidupan waktu penuaan mereka selesa ,bahagia dan tenang menuju alam abadi.

Bantu kami untuk membina kehidupan lebih baik.

Program Anjuran Kami

noor-residences-b

Noor Residences: "Disinilah Bermukimnya Keberkatan"

Sebuah Projek kemasyarakatan yang akan membangunkan Sebuah taman persaraan ummah yang menempatkan golongan warga emas dalam satu komuniti..

cahaya-ilmu-b

Cahaya Ilmu

Cahaya ilmu merupakan usaha murni mengilmukan masyarakat dengan menghidupkan program budaya ilmu .Program cahaya ilmu juga berteras kepada pengukuhan budaya membaca dalam masyarakat

usahawan-digital

Digitalisasi Usahawan Mikro

Program keusahawan digital bermatlamat meningkatkan taraf ekonomi golongan B40 melalui penyertaan mereka dalam kegiatan ekonomi dengan merangka bimbingan keusahawan ekonomi digital

hijrah-dunia

Hijrah Dunia

Program Hijrah Dunia akan membawa anak-anak muda Malaysia merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk mencari haluan hidup dan mengenali diri mereka melalui pengalaman kembara di bumi asing.

tausiyah

Projek Tausiyah

Projek Tausiyah ialah projek kemasyarakatan yang akan menempatkan papan iklan yang memaparkan mesej-mesej kebaikan di lokasi strategik di seluruh Negara.

oku-umrah

Program Fastabiqul Khairat

Program Fastabiqul Khairat : Umrah Tetamu Istimewa adalah platform bagi pelaksanaan program kemasyarakatan PCIM yang bersifat jangka pendek tetapi berimpak tinggi

wanita-teguh1

Wanita Teguh Berjaya

PCIM akan melaksanakan program motivasi ,bimbingan keusahawanan dan jalinan rangkaian rakan niaga kepada golongan wanita B40 dengan matlamat mengubah kehidupan

insaniyah_sedunia

Insaniyah Sedunia

PCIM ditubuhkan untuk menjadi cahaya insaniyah kepada semua golongan yang ditindas dan tidak bernasib baik di seluruh dunia.Dengan semangat insaniyah sedunia

Berita & Blog

CategoriesBerita

Penjadualan Semula Program Umrah Tetamu Teristimewa

Penjadualan Semula Program Umrah Tetamu Teristimewa Kuala Lumpur  18 Mac 2023 Perjalanan ke Tanah suci bagi sepuluh orang peserta cacat…

CategoriesBerita

HWB Ebuy Worldwide Trading Penaja Korporat Pertama Menaja Peserta Program Umrah Tetamu Teristimewa

Sumbangan HWD EBUY WORLDWIDE TRADING untuk program Umrah Tetamu Teristimewa (UTT) anjuran PCIM Kuala Lumpur  25 Feb 2023 Pelaksanaan program…

CategoriesBerita

Ustaz W Akasyah dan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah duta khas Projek Taman Persaraan Noor Residences

Noor Residences Melantik Ustaz W Akasyah dan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah sebagai Duta Khas Putra Jaya 22 Disember 2022…

CategoriesBerita

Ustaz Zul Ramli Duta Program Umrah Tetamu Teristimewa

Pengurusan Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia (PCIM) telah mengumunkan pada hari ini persetujuan Ustaz Zul Ramli M.Razali seorang tokoh pendakwah Negara…