Noor Residences Melantik Ustaz W Akasyah dan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah sebagai Duta Khas
Putra Jaya 22 Disember 2022
Realiti peralihan Malaysia ke arah masyarakat menua menyediakan satu cabaran yang besar kepada pihak Kerajaan .Satu dasar Negara yang membabitkan penjagaan warga emas di Malaysia sedang disediakan oleh Kerajaan Malaysia .
Mengikut data terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia bagi tahun 2020 penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah sebanyak 32.7 juta. Populasi Malaysia yang berusia 60 tahun keatas pada tahun 2020 telah meningkat daripada 3.4 juta (2019) kepada 3.5 juta yang mewakili 10.7 peratus dari jumlah penduduk. Ini bermakna 1 dalam 14 penduduk Malaysia adalah berusia 65 tahun keatas.Pada tahun 2030,masyarakat menua di Malaysia dijangka akan meningkat kepada 15 peratus penduduk berusia 60 tahun
PCIM telah memilih untuk memulakan satu inisiatif kemasyarakatan mewujudkan satu penempatan khas yang akan memenuhi semua aspek keperluan fisikal mahupun rohani golongan warga emas. Sehubungan dengan itu PCIM merintis usaha membangunkan Taman persaraan ummah yang pertama di Malaysia.Taman persaraan berkonsepkan “Islamic living” yang dikenali sebagai “Noor Residences”ini bakal dibangunkan di Rembau Negeri Sembilan dengan pembiayaan dana infaq
PCIM bersyukur projek Noor Residences ini telah turut menerima sokongan padu daripada Ustaz W Akasyah dan Datuk Dr Ustazah Siti Nor Bahyah Bt Mahmood dua tokoh pendakwah bebas yang amat dikenali ramai.Pasangan suami isteri tersebut telah bersetuju menjadi duta khas Projek Taman Persaraan Noor Residences .Sebagai Duta Noor Residences Datuk Dr Ustazah Siti Nor Bahyah Bt Mahmood melihat Taman persaraan ummah Noor Residences ini akan mengisi ‘ruang kosong’ keperluan yang wujud di tengah-tengah masyarakat Muslim di Malaysia.
“Saya dan suami berkongsi iltizam PCIM .Oleh itu kami bersetuju menyokong pembangunan Noor Residences dengan menjadi penasihat dan jurucakap kepada Noor Residences ,sebuah taman persaraan ummah yang pertama di Malaysia.Kehidupan di Noor Residences adalah suatu kehidupan komuniti yang insyaAllah diberkati oleh Allah SWT .Ianya rutin kehidupan yang dipenuhi dengan kegiatan pengajian agama dan aktiviti kebajikan. Disinilah komuniti pesara berusia emas akan bermukim mencari keberkatan menuju husnul khatimah”
Dalam majlis menandatangani perjanjian perlantikan sebagai duta Noor Residences bersama PCIM ,Ustaz W Akasyah turut memberikan pengamatannya.
“ Dengan izin Allah SWT Noor residences akan dibangunkan secara berfasa dan dilengkapi dengan unit-unit rumah penginapan,surau,pusat rawatan kesihatan,pusat aktiviti komuniti,kedai runcit , kemudahan fasiliti riadah,internet dan lain-lain kemudahan. Jumlah dana infaq yang diperlukan bagi pembangunan fasa 1 ialah sebanyak RM10 juta . Kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari semua pihak.Sumbangan kepada dana pembangunan Noor Residences ini boleh dibuat diatas nama Persatuan Cahaya insaniyah Malaysia MBSB BANK No akaun 1005054000001250. “
Kredit Artikel : Cahaya Insaniyah
