Ustaz Zul Ramli Duta Program Umrah Tetamu Teristimewa

Ustaz Zul Ramli Duta Program Umrah Tetamu Teristimewa

Kuala Lumpur 19 Disember 2022

Pengurusan Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia (PCIM) telah mengumumkan pada hari ini persetujuan Ustaz Zul Ramli M.Razali seorang tokoh pendakwah Negara menjadi Duta Umrah Tetamu Teristimewa

Pengurusan Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia (PCIM) telah mengumumkan pada hari ini persetujuan Ustaz Zul Ramli M.Razali seorang tokoh pendakwah Negara menjadi Duta Umrah Tetamu Teristimewa .Kehadiran Ustaz Zul Ramli M.Razali sebagai Duta program Umrah Tetamu Teristimewa ini diyakini akan melancarkan urusan perjalanan sepuluh orang individu cacat penglihatan yang telah dipilih oleh PCIM untuk menjadi tetamu Allah dalam program umrah selama 12 hari 10 malam pada bulan Mac 2023 nanti .Ketokohan dan pengalaman beliau dalam bidang dakwah dan pengurusan ibadah umrah akan dapat membantu PCIM mempersiapkan “para tetamu teristimewa” yang dipilih dengan persediaan ilmu dan juga kerohanian sebelum berangkat ke tanah suci.

Ustaz Zul Ramli memuji matlamat program Umrah Tetamu Teristimewa ini dan mendoakan kesepuluh tetamu teristimewa tersebut akan dipermudahkan ibadah umrah mereka dan akan memperolehi umrah maqbulah .

“Meskipun mereka cacat penglihatan dan mereka tidak mampu melihat seperti kita semua namun Alhamdulillah mereka diistimewakan oleh Allah SWT dengan memiliki hati yang berisi keimanan dan kerinduan untuk menjejaki kaki di di dua tanah suci ,Makkah dan Madinah sebagai Tetamu Allah.

“Saya selaku Duta program ini dengan takzimnya menyeru kepada masyarakat diluar sana samada individu ataupun syarikat korporat tampil menyokong Program Umrah Tetamu Teristimewa dengan memberikan sumbangan ikhlas anda kepada Persatuan Cahaya insaniyah Malaysia BANK ISLAM NO 12038010150669 agar kita sama sama membantu sepuluh orang tetamu teristimewa ini memenuhi impian mereka menjadi duyufulrahman.”


Kredit Artikel : Cahaya Insaniyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *