10 Orang Calun Umrah Tetamu Teristimewa Diumumkan
Kuala Lumpur Selasa 20 Disember 2022
Pemilihan sepuluh calun individu cacat penglihatan yang bakal berangkat menunaikan umrah dibawah program Umrah Tetamu Teristimewa telah dimuktamadkan oleh Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia (PCIM) dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia(PERTIS) .Kesemua calun adalah dipilih mengikut kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh PCIM .Dua Kriteria teras yang menjadi penilaian PCIM adalah keterlibatan calun-calun dalam pembelajaran Al Quran dan sumbangan bakti mereka kepada masyarakat.Tiga dari sepuluh orang calun-calun Umrah Tetamu Teristimewa tersebut adalah wanita.Dalam kenyataan yang dikeluarkan semasa pengumuman nama calun-calun tersebut wakil PCIM Encik Nizam Mustapha telah mengucapkan tahniah kepada yang terpilih menerima jemputan sebagai “Duyufurahman” ini dan menyeru mereka supaya memanafaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT.
“ Tahniah kepada yang telah terpilih menyertai Umrah tetamu teristimewa ini .Kami yakin pemilihan mereka adalah kerana mereka dinilai sebagai yang terbaik dikalangan yang baik di sisi Allah SWT .”
“ Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab kolektif kita semua sebagai satu ummah dengan sedaya mungkin menyokong perjalanan sepuluh orang calun Umrah tetamu teristimewa ini.Justeru saya merayu kepada semua pihak membuat sumbangan infaq kepada usaha pengumpulan dana program umrah tetamu teristimewa ini mengikut keikhlasan masing-masing dengan mendepositkan ke akaun BANK ISLAM NO 12038010150669 diatas nama Persatuan Cahaya insaniyah Malaysia”
Kredit Artikel : Cahaya Insaniyah
