Penjadualan Semula Program Umrah Tetamu Teristimewa
Kuala Lumpur 18 Mac 2023
Perjalanan ke Tanah suci bagi sepuluh orang peserta cacat penglihatan dibawah program Umrah Tetamu Teristimewa anjuran Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia (PCIM) yang sepatutnya berangkat pada bulan Mac 2023 terpaksa dijadualkan semula kepada satu tarikh lain pada bulan Ogos 2023.Keputusan ini terpaksa dibuat memandangkan PCIM masih lagi berusaha mencari sumbangan penajaan yang mencukupi untuk membiayai perjalanan kesemua sepuluh tetamu cacat penglihatan ini untuk menunaikan doa dan impian mereka menjadui Duyufurahman.
Encik Mohd Fadli selaku pengerusi PCIM semasa membuat pengumunan tersebut turut mengesa komuniti kita agar membantu semua peserta UTT
“Kami merayu dan memohon para dermawan dan penginfaq tampil membantu kami untuk membantu saudara-saudara kita yang cacat penglihatan ini dapat menyempurnakan umrah ditanah suci .Meskipun mereka hilang keupayaan melihat ,mereka tidak hilang keupayaan untuk menjadi hamba Allah yang mutaqin dan mukhlisin.”
“Kerana itu kita semua mesti membantu merealisasikan impian mereka dengan memberikan sumbangan seikhlas hati kepada program UTT ini .Modal hatta sekecil RM 1.00 pun yang kita salurkan kepada program UTT insyaAllah akan memberikan Allah Azawajalla sebab akan memodalkan semula kita dengan pahala umrah yang sama dengan rakan-rakan peserta UTT”.
Sila lawati www.infaqummah.com untuk menyalurkan sumbangan anda atau terus BANK ISLAM NO 12038010150669 diatas nama Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia.
Kredit Artikel : Cahaya Insaniyah
