Sumbangan HWD EBUY WORLDWIDE TRADING untuk program Umrah Tetamu Teristimewa (UTT) anjuran PCIM
Kuala Lumpur 25 Feb 2023
Pelaksanaan program Umrah Tetamu Teristimewa (UTT) anjuran Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia (PCIM) menerusi bantuan rakan korporat strategik UTT,CHIP IN SDN BHD telah menerima sumbangan penajaan yang pertama dari syarikat HWD EBUY WORLDWIDE TRADING sebuah syarikat yang menawarkan pengalaman membeli belah dalam talian sehenti yang menyediakan pelbagai pilihan produk,komuniti sosial untuk penerokaan dan perkhidmatan sokongan yang lancar.
Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan HWD EBUY WORLDWIDE TRADING yang diterajui oleh Encik Wan Noor Hakimi diatas keikhlasan menaja perjalanan salah seorang dari peserta orang kurang upaya cacat penglihatan yang bakal menunaikan umrah dibawah program UTT.Kami doakan semoga perniagaan HWD EBUY WORLDWIDE TRADING akan terus maju dan berjaya pada masa hadapan.Kami mengalu-alukan penglibatan rakan-rakan korporat yang untuk turut mengikuti jejak infaq HWD EBUY WORLDWIDE TRADING dengan menyumbang kepada pelaksanaan UTT.
Sila lawati www.infaqummah.com untuk menyalurkan sumbangan anda atau terus mendepositkan infaq anda kepada akaun BANK ISLAM NO 12038010150669 diatas nama Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia.
Kredit Artikel : Cahaya Insaniyah
