Program

Cahaya Ilmu

Cahaya ilmu merupakan usaha murni mengilmukan masyarakat dengan menghidupkan program budaya ilmu. Program cahaya ilmu juga berteras kepada pengukuhan budaya membaca dalam masyarakat

Cahaya Ilmu

Cahaya ilmu ialah program PCIM yang bermatlamat melahirkan masyarakat berilmu dengan menghidupkan budaya ilmu dalam masyarakat.PCIM percaya hanya  melalui  budaya ilmu  masyarakat akan lebih memilik sifat insaniyah.Tiga teras program cahaya ilmu PCIM ialah seperti berikut

  • Penganjuran program keilmuan yang akan memberikan peluang kepada para ilmuan dan tokoh masyarakat “menghibahkan” ilmu dan pengalaman hidup mereka secara percuma  kepada masyarakat menerusi program ilmu dan ceramah khas PCIM samada secara dalam talian ataupun di luar talian.
  • Program cahaya ilmu juga berteras kepada pengukuhan budaya membaca dalam masyarakat bersesuaian dengan semangat IQRA yang disarankan oleh Islam .Dalam usaha PCIM mencahayakan ilmu dalam masyarakat PCIM telah mengerakkan projek pengumpulan  buku-buku baru mahupun buku-buku terpakai dari individu dan badan korporat  samada dalam bahasa Inggeris ataupun Bahasa Malaysia  untuk disumbangkan kepada perpustakaan komuniti dan perpustakaan sekolah-sekolah diluar bandar. Kami mengalu-alukan sumbangan semua bentuk bahan bacaan dari novel hingga buku-buku  ilmiah yang bersesuaian  untuk semua peringkat umur. 
  • Pelaksanaan program cahaya ilmu akan turut melibatkan program bimbingan penulisan kepada masyarakat .Pengukuhan budaya ilmu hanya akan sempurna apabila budaya membaca dan budaya menulis dimantapkan dalam masyarakat kita.Setiap kita mempunyai cerita kehidupan yang boleh dikongsi dalam bentuk penulisan untuk tatapan generasi masa depan.

Bagi menjayakan program cahaya ilmu PCIM memerlukan sumbangan bagi urusan  pengendalian dan pelaksanaan ketiga-tiga teras program cahaya ilmu. Sumbangan ikhlas anda akan menjanjikankan pahala yang berterusan  melalui  pahala penganjuran majlis ilmu dan  pahala ilmu yang diamalkan . Salurkan sumbangan  ikhlas anda kepada program cahaya ilmu PCIM melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad No 12038010150669.

Kami amat memerlukan sumbangan ikhlas daripada semua pihak untuk merialisasikan progam kami. Sumbangan ikhlas anda akan menjanjikan pahala yang berterusan.

Untuk memberikan sumbangan, anda boleh isikan maklumat dibawah.

Program Cahaya Ilmu

RM
Personal Info

Pay with Online Banking/Credit Cards/Debit Cards

Donation Total: RM25.00

Anda juga boleh membuat sumbangan ikhlas anda kepada program Cahaya Ilmu, PCIM melalui akaun Bank Islam Malaysia No 12038010150669. Sekiranya anda telah membuat sumbangan melalui akaun bank, sila isikan maklumat dibawah untuk rujukan dan rekod kami.

Derma Melalui Bank

Maklumat Penderma
MM slash DD slash YYYY