Program
Hijrah Dunia
Program Hijrah Dunia akan membawa anak-anak muda Malaysia merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk mencari haluan hidup dan mengenali diri mereka melalui pengalaman kembara di bumi asing.
Hijrah Dunia
Hijrah dunia adalah program PCIM yang akan memberikan peluang kepada generasi muda Malaysia yang merupakan talen modal insan Malaysia merantau ke luar Negara dalam tempoh tertentu untuk membolehkan mereka memperolehi pengalaman ,pengetahuan,inspirasi serta idea baru dari pendedahan yang mereka dapat sepanjang tempoh penghijrahan tersebut.PCIM akan berkerjasama dengan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan luar Negara untuk menjadi tuan rumah kepada individu-individu yang terpilih mengikuti program Hijrah dunia
Selain dari PCIM menguruskan penempatan talen kita di luar Negara PCIM juga akan turut menjadikan sebagai sebahagian program hijrah dunia ini untuk menerima talen dari luar Negara “berhijrah” ke Malaysia diatas matlamat yang sama .
Hijrah dunia akan melahirkan tokoh kepimpinan masa depan Negara yang memiliki fikrah global dengan jaringan di peringkat antarabangsa. PCIM memerlukan sokongan senua lapisan masyarakat untuk melabur kepada kelahiran kepimpinan masa depan Negara dengan menyumbang kepada penganjuran program hijrah dunia ini.Sumbangan anda akan melakar masa depan Malaysia yang lebih baik dengan lahirnya generasi muda Malaysia yang berwawasan global. Salurkan sumbangan ikhlas anda kepada Program hijrah dunia PCIM melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad No 12038010150669.
Kami amat memerlukan sumbangan ikhlas daripada semua pihak untuk merialisasikan progam kami. Sumbangan ikhlas anda akan menjanjikan pahala yang berterusan.
Untuk memberikan sumbangan, anda boleh isikan maklumat dibawah.
Program Hijrah Dunia
Anda juga boleh membuat sumbangan ikhlas anda kepada program Hijrah Dunia, PCIM melalui akaun Bank Islam Malaysia No 12038010150669. Sekiranya anda telah membuat sumbangan melalui akaun bank, sila isikan maklumat dibawah untuk rujukan dan rekod kami.