Program
Insaniyah Sedunia
PCIM ditubuhkan untuk menjadi cahaya insaniyah kepada semua golongan yang ditindas dan tidak bernasib baik di seluruh dunia.Dengan semangat insaniyah sedunia
Insaniyah Sedunia
PCIM ditubuhkan untuk menjadi cahaya insaniyah kepada semua golongan yang ditindas dan tidak bernasib baik di seluruh dunia.Dengan semangat insaniyah sedunia, PCIM telah memilih untuk melaksanakan program peringkat pertama insaniyah sedunia di dua buah Negara iaitu Kemboja dan Timor Lestee.
Di Negara kemboja PCIM memilih untuk melaksanakan program peningkatan taraf ekonomi komuniti Islam dengan melaksanakan program bantuan ternakan lembu kepada para peserta terpilih dari kalangan masyarakat Islam Kemboja.Dengan mengunakan pendekatan ternakan lembu secara pawah ini PCIM mensasarkan menyumbang kearah peningkatan pendapatan bagi semua peserta terlibat yang akan nanti mengeluarkan mereka dari cengkaman kemiskinan tegar.
Program insaniyah sedunia di Negara Timor Lestee adalah menumpu kepada membantu masyarakat minoriti Islam di Timor Lestee yang merupakan sebuah Negara Katolik .Penduduk Islam di Timor Lestee dianggarkan terdiri dari 1 % dari jumlah keseluruhan penduduk. Populusi Muslim bertumpu di sekitar ibukota Dili dan Bandar bersempadan dengan timor barat Indonesia.Sumbangan bantuan dalam bentuk kewangan untuk pembinaan masjid, pusat pendidikan dan juga pemberian naskhah Al Quran adalah sebahagian dari perancangan besar kami kepada komuniti Muslim Timor Lestee .
Salurkan sumbangan ikhlas kepada Program insaniyah sedunia PCIM melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad No 12038010150669.
Kami amat memerlukan sumbangan ikhlas daripada semua pihak untuk merialisasikan progam kami. Sumbangan ikhlas anda akan menjanjikan pahala yang berterusan.
Untuk memberikan sumbangan, anda boleh isikan maklumat dibawah.
Program Insaniyah Sedunia
Anda juga boleh membuat sumbangan ikhlas anda kepada program Insaniyah Sedunia, PCIM melalui akaun Bank Islam Malaysia No 12038010150669. Sekiranya anda telah membuat sumbangan melalui akaun bank, sila isikan maklumat dibawah untuk rujukan dan rekod kami.