Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia (PCIM) menjalin kerjasama strategik digital bersama tokoh terkemuka asatizah Malaysia
KUALA LUMPUR Jumaat 16 Disember 2022
Persatuan Cahaya Insaniyah Malaysia (PCIM) telah menjalinkan satu kerjasama strategik digital bersama dengan empat orang tokoh terkemuka asatizah Malaysia iaitu YBhg Datuk Dr Ustazah Siti Nor Bahyah Bt Mahmood ,Ustaz W Akasyah, PU Amin dan Ustaz Zul Ramli Bin M.Razali.Kerjasama tersebut bakal menyaksikan pelancaran satu portal pembiayaan orang ramai berlandaskan syariah ataupun “Islamic Crowd funding “ yang dikenali sebagai INFAQ UMMAH .Portal Infaq Ummah ini disokong oleh kepakaran teknologi yang disediakan oleh Digital Logic Sdn Bhd dan Mobilityone Sdn Bhd.
Portal INFAQ UMMAH akan menyediakan jangkauan global kepada organisasi kebajikan mahupun individu memperolehi sumbangan dana infaq dari masyarakat seluruh dunia dengan mudah ,pantas dan telus.Kini dengan teknologi digital di hujung jari,amalan Infaq akan dapat didigitalisasi sepenuhnya .Ianya akan memudahkan aliran dana infaq merentasi sempadan negara tanpa lagi dibatasi oleh halangan geografi . Dengan slogannya “Demi Allah untuk Ummah ” , INFAQ UMMAH ini dengan izin Allah akan berupaya membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira ras bangsa dan agama kerana Islam adalah “rahmatan lilalamin”.
Kredit Artikel : Cahaya Insaniyah
