Program

Fastabiqul Khairat

Program fastabiqul khairat adalah program pelaksanaan khas yang dianjurkan oleh PCIM. Kalimah Fastabiqul khairat sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam

Program Fastabiqul Khairat : Umrah Tetamu Istimewa

Program fastabiqul khairat adalah program pelaksanaan khas yang dianjurkan oleh PCIM. Kalimah Fastabiqul khairat sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 148   bermaksud  “berlumba-lumbalah melakukan kebaikan/kebaikan”. Program fastabiqul khairat  dibawah PCIM adalah  secara khususnya merujuk  kepada  program kemasyarakatan berbentuk  jangka   pendek  yang  memerlukan sumbangan dana yang segera.

PCIM telah memilih Program  “UMRAH TETAMU TERISTIMEWA” sebagai Program  perintis fastabiqul khairat.Menerusi program umrah tetamu teristimewa ini PCIM akan menguruskan pembiayaan perjalanan 10 orang individu cacat penglihatan menunaikan umrah selama 12 hari 10 malam. Sepuluh  orang individu cacat penglihatan tersebut adalah “ para tetamu teristimewa”  PCIM yang akan dipilih dari kalangan individu cacat penglihatan yang berbakti kepada ummah.

PCIM memerlukan dana berjumlah RM 100,000 untuk membiayai perjalanan 10 orang tetamu teristimewa PCIM dengan diiringi oleh dua pegawai pengiring.PCIM mensasarkan keberangkatan rombongan UMRAH TETAMU TERISTIMEWA ini pada bulan  Mac 2023.

PCIM dengan ini merayu kepada semua dermawan untuk membantu merealisasikan perjalanan ibadah umrah 10 orang tetamu teristimewa dari tokoh-tokoh masyarakat komuniti cacat penglihatan Malaysia untuk menjadi tetamu teristimewa Allah SWT di dua tanah suci Makkah dan Madinah.

Dari Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin,pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat.Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain,pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.Barang siapa yang menutupi aib seseorang muslim,pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia.Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba Nya suka menolong saudara Nya” ( HR Muslim ) . Salurkan sumbangan  ikhlas anda kepada program fastabiqul khairat PCIM melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad No 12038010150669.

Kami amat memerlukan sumbangan ikhlas daripada semua pihak untuk merialisasikan progam kami. Sumbangan ikhlas anda akan menjanjikan pahala yang berterusan.

Untuk memberikan sumbangan, anda boleh isikan maklumat dibawah.

Program Fastabiqul Khairat

RM
Personal Info

Pay with Online Banking/Credit Cards/Debit Cards

Donation Total: RM25.00

Anda juga boleh membuat sumbangan ikhlas anda kepada program Fastabiqul Khairat, PCIM melalui akaun Bank Islam Malaysia No 12038010150669. Sekiranya anda telah membuat sumbangan melalui akaun bank, sila isikan maklumat dibawah untuk rujukan dan rekod kami.

Derma Melalui Bank

Maklumat Penderma
MM slash DD slash YYYY