Program
Noor Residences
Sebuah Projek kemasyarakatan yang akan membangunkan Sebuah taman persaraan ummah yang menempatkan golongan warga emas dalam satu komuniti..
Noor Residences : Disinilah Bermukimnya Keberkatan
Mengikut data terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia bagi tahun 2020 penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah sebanyak 32.7 juta.Populasi Malaysia yang berusia 60 tahun keatas pada tahun 2020 telah meningkat daripada 3.4 juta (2019) kepada 3.5juta yang mewakili 10.7 peratus dari jumlah penduduk,manakala penduduk yang berusia 65 tahun keatas meningkat daripada 2.2 juta(2019) kepada 2.3 juta (2020) membentuk 7.0 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.
Ini bermakna 1 dalam 14 penduduk Negara adalah berusia 65 tahun keatas.Pada tahun 2030,masyarakat menua di Malaysia dijangka akan meningkat kepada 15 peratus penduduk berusia 60 tahun
Realiti peralihan Negara ke arah masyarakat tua ini memberikan cabaran yang besar kepada dasar yang membabitkan keselamatan penduduk,penjagaan kesihatan dan penjagaan warga emas di Malaysia.PCIM telah memilih untuk memulakan satu inisiatif kemasyarakatan mewujudkan satu perubahan sosial yang positif dan berkesan kepada peningkatan gaya hidup, kualiti kesihatan ,kedamaian jiwa dan keruhanian golongan warga emas di Malaysia. Sudah tiba masanya kita melihat kepada keperluan bagi memastikan komuniti warga emas di bantu melalui semua cabaran fasa penuaan serta kesukaran lain yang dialami seiring peningkatan usia.
Fokus PCIM adalah untuk memenuhi keperluan mendesak masyarakat Islam di Malaysia dengan merancang membangunkan sebuah Taman persaraan khusus untuk warga emas dalam satu penempatan yang akan memenuhi semua aspek keperluan fisikal dan rohani mereka. Sehubungan dengan itu PCIM merintis usaha murni membangunkan Taman persaraan ummah yang pertama di Malaysia.Taman persaraan ini adalah dikenali sebagai “Noor Residence”.
Dengan memilih ungkapan “Disinilah bermukimnya keberkatan” sebagai slogan Noor Residence sebenarnya turut mengintisarikan pendekatan pembangunan Noor Residence yang dirancang secara holistik yang menitik beratkan nilai-nilai keagamaan bagi membimbing komuniti warga emas kearah memperolehi “husnul khatimah” .PCIM memilih perkataan “Noor” bagi mendeskripsikan harapan dan misi kami untuk “mencahayakan” kehidupan komuniti warga emas yang bakal mendiami kejiranan taman persaraan “Noor Residence “.
Noor Residence bakal dibangunkan diatas tanah yang terletak di Rembau Negeri Sembilan.Lokasi tanah ini dipilih selepas mengambil kira lokasinya strategik yang berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka dengan latarbelakang kehijauan desa.Berhampiran lokasi ini juga terdapat prasarana awam yang sedia ada dan juga berdekatan dengan kampus UITM Rembau.
Komposisi penduduk Taman persaraan Noor Residence adalah terdiri daripada kombinasi golongan warga emas yang tidak bernasib baik yang memerlukan tempat berlindung dan juga golongan warga emas i dari golongan pesara yang memilih untuk menjadi sebahagian dari komuniti taman persaraan Noor Residence .
Kriteria pemilihan kedua golongan warga emas tersebut adalah memiliki kesihatan tubuh badan dan kesungguhan serta minat untuk mendalami Islam. Warga emas yang berhasrat menyertai komuniti Noor Residence adalah diterima daripada semua latar belakang sosial samada pasangan suami isteri,ibu tunggal,balu ataupun warga emas yang tidak memiliki keluarga.
Komponen pembangunan Noor Residences adalah merangkumi unit-unit rumah penginapan, Surau, Pusat rawatan kesihatan, pusat aktiviti komuniti, kedai runcit dan fasiliti bilik riadah.PCIM memerlukan dana sebanyak RM 10 juta (RM10,000,000) untuk menyempurnakan pembangunan taman persaraan ummah Noor Residences mengikut perancangan fasa-fasa pembangunannya .
Kami memerlukan sumbangan ikhlas dari semua pihak untuk merealisasikan impian PCMI membina Noor Residences sebagai Taman persaraan Ummah yang pertama di Malaysia. Setiap sumbangan anda dengan izin Allah SWT akan memberikan peluang baru kepada penghuni Noor Residences memperolehi husnul khatimah di penghujung usia mereka. Dengan izin Allah SWT sumbangan anda akan turut memudahkan anda dirahmati dengan anugerah husnul khatimah sendiri disaat hembusan nafas terakhir di dunia yang fana ini. Salurkan sumbangan ikhlas anda kepada PCIM melalui akaun Bank MBSB No 100 5054 000001250.
Kami amat memerlukan sumbangan ikhlas daripada semua pihak untuk merealisasikan progam kami. Sumbangan ikhlas anda insyaallah akan menjanjikan pahala yang berterusan.
Untuk memberikan sumbangan, anda boleh isikan maklumat dibawah.
Noor Residences
Anda juga boleh menyalurkan sumbangan ikhlas anda kepada PCIM melalui akaun Bank MBSB No 100 5054 000001250. Sekiranya anda telah membuat sumbangan melalui akaun bank, sila isikan maklumat dibawah untuk rujukan dan rekod kami.